Oleh NIK AZMAN NIK MUSTAFA
KOTA BHARU, 27 Sept: Dasar Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI) menjadi tonggak pelaksanaan gerak kerja berteraskan Islam dalam memenuhi keperluan serta kebajikan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga Dan Wanita, YB Dato’ Mumtaz Md Nawi berkata, penyampaian Skim A-Ziwaj, Bantuan Tani Al-Falah serta penyerahan komputer riba kepada program Pusat Mini IT Desa adalah salah satu kecaknaan Kerajaan Negeri kepada rakyat khususnya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit.
Beliau berterima kasih kepada para penghulu yang telah menjadi pemudah cara dalam urusan penyampaian sumbangan tersebut.
“Semoga kita semua dikurniakan rezeki yang berkat sehingga mampu memberikannya semua kepada masyarakat. Bagi pasangan yang baru berkahwin, semoga dapat melahirkan zuriat yang terbaik untuk kerajaan dan Islam”, katanya ketika selesai ucapan di Pusat Khidmat DUN Demit, semalam.
Dalam pada itu, penerima Bantuan Tani Al-Falah 2021, Zaiton Ya’acob melahirkan rasa bersyukur dan gembira kerana terpilih untuk menerima bantuan ni. Armalah itu juga berharap agar ternakan kambingnya semakin berkembang sehingga beliau mampu menunaikan zakat suatu hari nanti.