Home Berita PAS Kelantan

KBC agihkan 41 kampit Baja Organik kepada petani

164
SHARE

KOTA BHARU, 5 April: Kelantan Biotech Corporation Sdn Bhd menyumbangkan 41 kampit baja organik kepada enam peserta Program Bantuan Baja Organik Negeri Kelantan Tahun 2022 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Tumboh di Pusat Khidmat DUN (PKD) Pasir Tumboh, semalam.

Taklimat pada majlis penyampaian sumbangan disampaikan oleh Eksekutif Operasi Kelantan Biotech, Mohd Afzanizan Arif, Penolong Eksekutif Operasi Kelantan Biotech, Rabizah Ibrahim dan Pegawai Pertanian Jajahan Kota Bharu, Mohd Nazmin Ismail.

Perasmian majlis taklimat program dan menyampaikan sumbangan baja tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, YB Ustaz Abd Rahman Yunus. Beliau berharap dengan bantuan ini akan dapat meningkatkan hasil tanaman yang diusahakan para petani.

Sementara itu, salah seorang petani wanita, Gayah Mohammad yang mengusahakan tanaman jambu batu, limau nipis, kelapa, pisang dan dokong bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Kelantan yang sangat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Sumbangan sembilan kampit baja organik ini sangat membantu saya mengurangkan beban kos perbelanjaan yang ditanggung untuk mengurus tanaman seluas 4.3 ekar,” katanya.