Home Berita PAS Kedah

Kayuhan Sik Sejahtera bersama Menteri Besar Kedah

170
SHARE

 

ALOR SETAR, 8 JAN – Menteri Besar Kedah, Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor dijangka menyertai program Kayuhan Sik Sejahtera yang dijadualkan pada 23 Januari akan datang di Daerah Sik.

Program kayuhan basikal sejauh 35 Kilometer ini adalah salah satu acara yang diadakan bersempena Ekspo Sik Sejahtera bertempat di di Kompleks PAS Kawasan Sik. Kg Sungai Pau.

Mereka yang berminat untuk menyertai program kayuhan ini perlu mendaftar secara atas talian di pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfuLuo_- serta perlu menyediakan yuran penyertaan sebanyak RM 50.00. Setiap peserta akan menerima sepasang baju, medal penyertaan dan nombor cabutan bertuah.

Selain itu, Ekspo anjuran PAS Kawasan Sik ini akan berlangsung selama tiga hari bermula  Isnin, 23 Januari  ini akan diisi dengan pelbagai acara antaranya Ceramah Perdana, Pentas Pemuda, Sukan Pemuda, Sukan Lasak 4×4, Sukan Muslimat, Forum Muslimat, Gerai Jualan, Tahlil Perdana, Pameran Entiti PAS, Derma Darah, Pertunjukan Seni Silat dan Seminar Pertanian & Usahawan Online.

Untuk maklumat berkaitan program Ekspo Sik Sejahtera, boleh hubungi Saudara Shauqi di talian 0125405250 atau layari Facebook rasmi PAS Kawasan Sik.