Home Berita PAS Kedah

Bantuan Beras Sejahtera dan bakul makanan ringankan beban 31 penerima

139
SHARE

Oleh: Nor Fatin

ALOR SETAR, 8 JAN – Bantuan Beras Sejahtera dan bakul makanan daripada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kubang Pasu bantu ringankan beban 31 orang penerima di Kubang Pasu.

Yang Dipertua PAS Kawasan, Ustaz Zulhazmi Osman menyatakan program ini merupakan program yang telah sekian lama dilaksanakan.

“Bantuan Beras Sejahtera dan bakul makanan ini sebenarnya sudah lama dilaksanakan”

“ Namun tertangguh seketika untuk memberi tumpuan kepada persiapan dan kerja-kerja PRU 15 yang lalu.” Katanya.

Oleh hal demikian, PAS Kawasan Kubang Pasu mengambil inisiatif untuk menyemarakkan kembali program yang tertangguh itu demi membantu rakyat yang memerlukan. Selain itu, antara objektif program ini diadakan adalah untuk ziarah –menziarahi antara penduduk kampung bagi mengeratkan silaturrahim.

Turut hadir dalam program tersebut Timbalan Yang Dipertua merangkap Penyelaras DUN Jitra Tuan Haji Saarin Osman , Naib Yang Dipertua saudara Mohd Syarizal Maksir , Ketua Penerangan PAS Kawasan Kubang Pasu saudara Azman Abu Hassan , Penolong Setiausaha Encik Mohd Zaki Seman serta Ajk PAS Kawasan Encik Kamarul Hizam Jaafar .