Home Berita PAS Kedah

Kaum India di Tanjung Dawai terima sumbangan Deepavali

209
SHARE

Oleh ANA NAJWA

BEDONG, 7 Nov – Seramai 10 keluarga masyarakat India disini menerima sumbangan dari Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Tanjung Dawai sempena perayaan Deepavali, Selasa lalu.

Majlis serahan sumbangan bertempat di Surau Taman Harmoni disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Ust Hanif Ghazali.

Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman memperuntukkan sebanyak RM135 ribu kepada masyarakat berbangsa India bersempena dengan perayaan Hari Deepavali tahun ini.

Semoga sedikit sumbangan yang dilakukan mampu memberi keceriaan kepada para penduduk.

Turut hadir ialah Setiausaha PKWR, Cikgu Abd Samad Salleh, Penyelia Zon, Puan Shamsinar bt Marzuki, Hj. Yusran, En. Zaidi serta ahli jawatankuasa surau.