Home Berita PAS Pulau Pinang

Mantapkan tarbiyah dengan ilmu

139
SHARE

Oleh AISHAH NUR

KEPALA BATAS, 7 NOVEMBER – Semua pimpinan dan ahli PAS diseru untuk terus memantapkan tarbiyah dengan menambah dan mempertingkatkan ilmu, ujar Presiden PAS Dato’ Seri Haji Hadi Awang.

Beliau dalam ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-67 berkata kekuatan roh memerlukan tarbiyah.

“Maka perlunya kita menghadiri usrah, liqa’ fikri serta perbincangan yang akan meningkatkan ilmu dan aqidah”

“Dengan ini akan menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT serta mengeratkan hubungan kita dengan parti dan jemaah”, katanya.

Beliau turut memperingatkan semua agar mencontohi ibrah Nabi Musa AS yang belajar daripada Nabi Khidir AS.

“Jangan merasa diri sudah bijak, cerdik dan pandai sebaliknya mesti terus belajar”, tegasnya lagi.

Tuan Guru turut berpesan agar segala pengarahan daripada Lajnah Tarbiyah perlu dilaksanakan oleh setiap anggota jemaah tanpa jemu dan lelah.

Muktamar kali ini yang berlangsung di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu turut dihadiri secara hibrid secara talian oleh para perwakilan dari seluruh Pulau Pinang di Markaz Tarbiyah PAS di Pongsu Seribu.