Home Berita PAS Kedah

Katil wakaf beri manfaat buat penduduk

146
SHARE

Oleh TASNIM MUSTAFFA

TANJUNG DAWAI, 23 Jan – Sistem wakaf dan pinjam yang disediakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) nyata memberi manfaat kepada penduduk terutamanya pesakit kronik dan pihak yang memerlukan yang kurang berkemampuan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali berkata ramai warga emas yang uzur, pesakit kronik telah merasai manfaat ini.

“Sehingga kini terdapat 25 buah katil sakit yang diwakafkan PKWR Tanjung Dawai dan sedang digunakan oleh warga Tanjung Dawai yang keuzuran.

“Selain PKWR Tanjung Dawai kita juga menerima sumbangan wakaf katil sakit daripada individu-individu prihatin”, katanya.

Rabu lalu, PKWR Tanjung Dawai menerima sumbangan katil sakit daripada keluarga Allahyarham Md Zaini Abu Bakar untuk diwakafkan.