Home Berita PAS Perak

Bakul Makanan PAS Lumut buat masyarakat India

50
SHARE

Bakul Makanan PAS Lumut buat masyarakat India
Oleh : Hafiz Green Mart

LUMUT: Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Lumut terus mempergiatkan bantuan kebajikan tanpa henti melalui penyampaian bantuan kepada penduduk yang terkesan akibat pandemik COVID-19 sejak tahun lepas.

PAS merupakan sebuah parti berkebajikan mengambil tanggungjawab untuk turut bersama membantu masyarakat setempat terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Yang DiPertua PAS Kawasan Lumut, Rosli Abdul Rahman berkata demikian ketika dihubungi selepas selesai program Ziarah Kebajikan masyarakat India di sekitar Seri Manjung di sini hari ini.

“Penerima bantuan bakul makanan PAS ini merentasi bangsa, agama dan fahaman politik. Saluran bantuan ini sebagai tanda keprihatinan PAS kawasan kepada masyarakat setempat.

“Penyerahan bantuan kali ini telah melibatkan 10 buah keluarga kaum India di Taman Samudera, dekat sini, pagi semalam,” ujar Rosli yang juga Ahli Majlis Perbandaran Manjung.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa KRT Taman Samudera 2, Valayutham A/L Govindasamy berterima kasih di atas keprihatinan PAS Lumut dan menyatakan komitmen untuk bersama lagi dalam misi akan datang.

“Tahniah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Lumut kerana sentiasa prihatin dan cakna dengan keperluan masyarakat setempat dan juga kepada para dermawan yang sentiasa memberi sumbangan kepada PAS,” tambah Rosli lagi.

Turut serta dalam misi bersama masyarakat India, Ahli Majlis Perbandaran Manjung Zon 8 yang juga Setiausaha PAS Lumut, Hamidun Ahmad, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Kamarulnizam Majid dan team ziarah kebajikan yang diketuai oleh Zaharah Husin.