Home Berita PAS Terengganu

Karnival PAS Berjaya Tarik Ribuan Pengunjung

6
SHARE

Oleh: Mohd Saufi Zahrin

KEMAMAN – Karnival Sambutan 1 Tahun Pemerintahan PAS Penggal Ke-2 Peringkat Parlimen Kemaman yang diadakan di Padang Astaka Kemaman, telah berjaya menarik ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Yang Dipertua PAS Kawasan Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid berkata, acara yang berlangsung selama dua itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan acara menarik.

“Ada ceramah politik, pameran daripada pelbagai agensi, dan pelbagai gerai jualan makanan,

“Saya mengharapkan supaya seluruh warga daerah dan rakyat dapat terus bersama-sama YAB Menteri Besar dan barisan Exco dan wakil rakyat pada hari ini bagi sama-sama merealisasikan slogan Terengganu Maju Berkat Sejahtera” ujarnya.

Beliau yang juga mantan Ahli Parlimen berkata demikian ketika dihubungi semalam, mengulas program yang telah diadakan.

Oleh itu, Ustaz Alias mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakannya dan menyifatkan karnival tersebut berjaya mencapai objektif, mendekatkan masyarakat dengan kepimpinan.

Sehubungan itu, seorang pengunjung, Puan Izzah Ahmad, 27, meluahkan rasa syukur dan teruja dapat menyertai karnival tersebut.

“Saya suka suasana karnival ini kerana ia bukan saje meriah tetapi saya dapat menyertai pelbagai aktiviti bersama anak.” katanya yang ditemui di tapak program pada hujung minggu lalu.

Karnival ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta-peserta pertandingan muslimat, acara sukan ameerah dan pemuda. Dengan sambutan hangat daripada orang ramai, pihak penganjur merancang untuk mengadakan karnival ini sebagai acara tahunan di peringkat kawasan Kemaman.

Antara pengisian menarik di karnival tersebut adalah sesi Santai Bersama Murabbi Ummah Ustaz Azhar Idrus, Ceramah Perdana yang melibatkan pimpinan-pimpinan PAS, serta Kuliah Dhuha Perdana yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani. Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai pertandingan seperti mewarna, acara sukan muslimat, acara sukan Ameerah dan Kemaman Green Walk.