Home Artikel PAS Johor

Karnival Mahabbah Johor Sejahtera Sederhana Tetapi Meriah

71 views
SHARE

TEBRAU, 4 Feb: Balai Islam Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) telah menganjurkan Karnival Mahabbah sekitar perkarangan Pasti Al-Irfan Taman Kota Masai di sini baru-baru ini.

Turut hadir dalam program tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri, DUN Puteri Wangsa Ustaz Abdullah Husin, Penyelia Pusat Aduan Rakyat DUN Tiram Azman Atmin, Yang DiPertua PAS Kawasan Tebrau Ustaz Khirul Muntanazar Ismail, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Kawasan Tebrau, Encik Zaini Husin, serta pimpinan PAS Kawasan Tebrau yang lain.

Program dimulakan dengan taklimat Hari Bersama Pelanggan Pasti Al-Irfan Tebrau, Pertandingan mewarna kanak-kanak, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Semakan Daftar Pemilih, Tukar Minyak Hitam Motorsikal Percuma, Rawatan As-Syifa, Aktiviti memanah, Jelajah Basikal dan Ziarah Kebajikan. Lebih 20 buah gerai jualan yang menjual pelbagai barangan menambahkan lagi kemeriahan program tersebut.

Kemuncak program diserikan dengan persembahan Duat Buskers dan Ustaz Halim Hafiz. Ustaz Abdullah sempat mendendangkan sebuah lagu dan mendapat tepukan gemuruh daripada hadirin.

Program yang bermula jam 2 petang dan berakhir jam 11.30 malam telah dihadiri pelbagai lapisan masyarakat mencapai sasaran untuk mendekatkan PAS dengan masyarakat.