Home Berita PAS Johor

Karnival Avengers Beriman Meriah Dengan Anak Muda

1596
SHARE

BATU PAHAT, 24 MAC 2018 – Karnival Avengers Beriman(KAB) telah berlangsung dengan begitu meriah melihat kepada kehadiran anak muda yang begitu ramai serta penyertaan yang mencapai sasaran pihak penganjur.

Begitulah yang telah diluahkan oleh pengarah program ini, Kamarudin Kepol yang merupakan Pengerusi Lajnah Keseniah PAS Negeri Johor.

Program Karnival Avengers Beriman ini adalah anjuran Lajnah keseniah PAS Pusat (LESTARI) dengan kerjasama Muslim Care dan PAS Kawasan Sri Gading.

Sebanyak 32 penyertaan untuk pertandingan futsal dan 10 penyertaan untuk pertandingan buskers telah diterima oleh pihak penganjur.

KAB ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu khas daripada Muslim Care, Syiekh Ahmed Abu Ayyesh An Najjar yang merupakan Pengarah Perhubungan Antarabangsa bagi Kementerian Pendidikan Palestin serta Haji Mohd Johari Ismail, Timbalan Presiden Muslim CareMalaysia.

Menurut pengarahnya lagi, “KAB ini dianjurkan atas matlamat dakwah secara santai di mana para semua peserta dikehendaki menutup aurat serta menunaikan solat berjemaah sepanjang menjadi peserta KAB ini.”

“Asal perancangan program ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak remaja sebagai suatu alternatif kepada anak muda yang suka kepada sukan.

Turut hadir, YDP PAS Sri Gading, Haji Shaari Sidun, Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Juwahir Amin, serta para EXCO Dewan Pemuda PAS Negeri Johor.