Home Berita PAS Terengganu

KAMI berhari Raya

162
SHARE

KUALA TERENGGANU- Pemimpin tertinggi negeri dan pengamal media dijemput khas untuk menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kelab Aktivis Media Inspirasi (KAMI) yang akan diadakan pada 31 Mei ini.

Pengarah program, Dzakaria Mohd Salleh berkata jemputan istimewa itu bagi mengeratkan hubungan diantara pemimpin negeri dan media dimana kedua-duanya tidak dapat dipisahkan.

“Saling memerlukan antara satu sama lain, media dan pemimpin ini umpama aur dengan tebing, ombak dan pantai , ibarat telur sesangkak jika pecah sebiji, maka akan pecah semuanya.

“Dengan adanya majlis ini KAMI berharap pertemuan ini dapat mempertautkan hubungan untuk terus mempertahankan kerajaan Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Negeri Terengganu serta dapat merealisasikan hasrat semua untuk melihat negeri ini terus Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya melalui suatu kenyataan pada hari ini.
5527782020


Katanya lagi, majlis berkonsepkan kekeluargaan itu akan diadakan di Galeri Masjid Seberang Takir.

“Lokasi berhampiran sungai itu pastinya mendamaikan minda, menjamin keselesaan tambahan pula ianya diadakan dalam suasana yang cukup santai dan meriah.” ujarnya.

Jelasnya, majlis yang akan diadakan cukup bermakna setelah hampir dua tahun tidak dapat diadakan.

“Sehingga pelbagai pihak mengadakan sambutan raya tahun ini samada daripada individu, Badan Bukan Kerajaan(NGO? mahupun agensi kerajaan kerana kita terpaksa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikenakan akibat pandemik Covid19.

“Oleh kerana itu, KAMI juga turut mengambil kesempatan meraikannya untuk kita bersama berkongsi kegembiraan bersama tetamu jemputan yang hadir.” ujarnya lagi.