Home Artikel PAS Johor

Bicara Santai Bersama Ustaz Zamri Mantop

2529
SHARE

Bicara Santai Bersama Ustaz Zamri Mantop

PARIT RAJA : Gelombang Fastaqim JDT ataupun Fastaqim 2.5 di sini hari ini menampilkan figura ikon personaliti terkenal Haji Mohd Zamri Bin Haji Mohd Zainudin atau lebih dikenali ,Ustaz Zamri Mantop dalam bual bicara santai bersama Yb Ustaz Abdullah Bin Hussein, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap ADUN Putri Wangsa dalam mengupas isu dan pengalaman penglibatan mereka dalam PAS.

Mengulas lebih lanjut, Ustaz Zamri berkata penglibatannya dalam PAS bukanlah sehari dua memandangkan dirinya sangat dikenali di media sosial parti kebelakangan ini.

Dalam pada itu, beliau turut menceritakan suasana perkembangan Islam di Selangor memandangkan negeri tersebut dihujani selebriti dan budaya yang pelbagai.

” Saya mengambil peluang ini untuk menyeru dan mencadangkan PAS Johor agar menghidupkan surau dan masjid sebagai medan markas Islam” seru beliau ketika membicarakan artis yang sudah ramai berhijrah dan menjadi semangat kepada masyarakat untuk kembali kepada Islam.

“Kalau rakyat Johor dapat mengimarahkan masjid, ini satu petanda yang baik” katanya dalam mengulas isu kepincangan iman yang menjadi punca masalah sosial hari ini sebelum mengakhiri sesi bual bicara.

Turut hadir, Dr Mazri Yahya dan selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ke pentas Fastaqim JDT yang dipengerusikan oleh Ustaz Abdul Hadi Harun.