Home Berita PAS Kelantan

KALA Sentral sebagai Pusat Pengumpulan Produk Usahawan pertama di Kelantan

408
SHARE
KOTA BHARU, 7 Feb: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sentiasa prihatin dalam membantu produk-produk usahawan rakyat Kelantan bagi meluaskan lagi pasaran produk mereka ke pasaran komersial.
Semalam telah berlangsungnya perasmian Kala Sentral sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan terulung di Kelantan bertempat di Dataran Muhammadi.
Menteri Besar Kelantan YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Negeri telah menyuntik dana sebanyak RM 2.5 juta bagi memperkasakan lagi sektor usahawan yang terjejas khususnya ketika pandemik COVID-19.
“Dengan perlaksanaan Kala Sentral ini, ia menjadi salah satu usaha yang dilakukan bagi merealisasikan hasrat untuk memulih semula kegiatan ekonomi rakyat yang telah terkesan.
Saya menyokong pemberian dana tersebut, sekurang-kurangnya mereka dapat menghasilkan jualan melalui pelaksanaan Kala Sentral ini.” Katanya selepas merasmikan Kala Sentral sebagai pusat jualan produk usahawan di Kelantan.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Mohd Amar Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Hanifa Ahmad dan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus serta pegawai jemputan dari pelbagai jabatan.