Home Berita PAS Kelantan

KALA pertingkat jualan produk ke luar Kelantan

35
SHARE

KOTA BHARU, 1 Feb: Salah satu usaha untuk mempertingkatkan jualan produk usahawan tempatan adalah dengan menyertai program pameran dan jualan di luar Kelantan.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, YB Dato’ Hanifa Ahmad berkunjung ke Pusat Jualan Produk Usahawan KALA Sentral, semalam.

Katanya, selain itu kaedah mempromosi produk dari semasa ke semasa khususnya untuk pelancong luar perlu dikemas kini.

“Teknik pemasaran mestilah agresif dan pelbagai melalui media konvensional dan digital mengikut sasaran pelanggan. Dalam waktu yang sama kita akan berusaha menambah pelbagai produk usahawan tempatan sebagai pilihan,” katanya.

Tambahnya, selain untuk tarikan pelancong yang berkunjung ke KALA Sentral, teknik pemasaran secara atas talian di pelbagai medium dapat membantu usahawan tempatan meningkatkan jualan produk tanpa tunai kepada pelanggan di luar Kelantan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Ab Aziz Yunus dan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Mohamad Nazwan Ismail.