Home Berita PAS Kedah

Kakitangan terima sumbangan Khas Prihatin PKP COVID-19

370
SHARE

KAKITANGAN TERIMA SUMBANGAN KHAS PRIHATIN PKP COVID-19

JERAI – Naib Ketua Pemuda DDPNK, Ustaz Aizat Zakaria telah menyampaikan sumbangan Khas Prihatin sempena tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bertempat di pejabat Kompleks Pentadbiran Pendidikan Kedah, Jerai.

Sumbangan itu diberikan kepada seluruh kakitangan pejabat Jabatan Pendidikan DPPNK, PASTI, SRITI, SMITI, HESA dan Pondok Haji Majid.

Salah seorang penerima sumbangan itu berkata, “Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT di atas pemberian barangan keperluan harian ini,

“Kami doakan YADIM Kedah terus berbakti kepada semua masyarakat khususnya anak muda yang juga terkesan sepanjang tempoh PKP 2.0 ini”, tambah beliau.

Majlis sumbangan turut diserikan dengan kehadiran wakil NGO Darul Aman Care, Ustaz Syukri Sawai yang juga merangkap Setiausaha Sektor Pendidikan DPPNK.