Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Kak Ani: Srikandi Berhati Lembut, Berjiwa Qiyadah

2601
SHARE

Kak Ani: Srikandi Berhati Lembut, Berjiwa Qiyadah

Siti Rohani binti Ibrahim adalah calon dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang bakal mempertahankan kedudukannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Mas. Beliau adalah antara calon – calon dari PAS yang dipilih bagi memastikan agenda Membangun Bersama Islam dapat diteruskan di negeri Kelantan.

Pemilik wajah yang lembut dan ceria ini, memiliki kebijaksanaan  persis Saidatina Aisyah. Butir bicara beliau halus dan sopan namun cukup berhemah. Elemen – elemen ini membuatkan masyarakat setempat senang dan sayang padanya.

Lebih mesra dengan nama Kak Ani, beliau berpesan pada pengundi muda, “Balik lah mengundi, kekalkan kerajaan Islam Kelantan.”

“Ikhlaskan hati dalam berjuang mempertahankan agama Islam dan teruskan usaha untuk memastikan Islam terus memerintah di bumi Kelantan. Setia bersama Kepimpinan Ulama’,” ujar beliau di akhir sesi temu ramah ini.