Home Berita PAS Wilayah

Calon PAS Batu Lawat Pondok Panas BN

733
SHARE

BATU, 6 Mei – Hari ini calon PAS bagi Parlimen Batu, Ustaz Azhar bin Yahya meluangkan masa beramah mesra dengan masyarakat setempat di sekitar Jalan Ipoh.

Kali ini, Ustaz Azhar dan jentera PAS Batu mengunjungi beberapa buah restoran Cina, restoran Melayu dan pondok panas Barisan Nasional (BN). Sekurang-kurangnya, 200 orang penduduk setempat sempat bertemu mata dengan beliau hari ini.

Sesi kali ini mendapat reaksi yang tidak diduga di mana kebanyakan penduduk berani tampil menyuarakan isi hati mereka tentang situasi dalam negara kepada Ustaz Azhar.

Ada individu yang meramalkan PAS akan menang di kawasan Batu apabila pencalonan Tian Chua dari PKR ditolak oleh SPR.

Rakyat juga telah mula hilang kepercayaan terhadap BN apabila SPRM mengeluarkan laporan hasil siasatan rasuah di kalangan parti politik yang mana BN mencatatkan 71 kes rasuah. Rakyat tidak mahu pemimpin yang mengamalkan rasuah yang jelas merosakkan ekonomi negara.

Paling menarik, kunjungan Ustaz Azhar ke pondok panas BN di jalan itu disambut penuh mesra oleh para penyokong parti itu. Akhlak baik, matang dan sejahtera yang dibawa oleh Ustaz Azhar cukup disenangi mereka di pihak lawan.

“Ustaz Azhar bagus orangnya. Tak kira menang atau kalah, persaudaraan kita tetap jaga, ya Ustaz,” kata para penyokong BN di akhir pertemuan itu.