Home Uncategorized

Junjung Kasih Diatas Titah KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong

680
SHARE

ASSALAMUALAIKUM WRT WBT.

JUNJUNG KASIH DIATAS TITAH KDYMM SPB YANG DIPERTUAN AGONG

Setelah beberapa hari kemelut politik melanda negara, Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merafak setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan kuasa-Nya kemelut ini selesai.

DUPP menjunjung kasih dan merafak sembah kehadapan KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG diatas kebijaksanaan dan ketegasan Baginda dalam menyelesaikan konflik negara yang berlaku.

Sekalung penghargaan kepada seluruh ahli- ahli PAS dan seluruh rakyat yang sentiasa istiqamah bermunajat kepada Allah SWT sepanjang waktu sehingga dikurniakan penyelesaian Rabbani ini.

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati sistem pemerintahan dalam negara berteraskan Raja Berperlembagaan. Doa dan Munajat daripada seluruh rakyat mesti diteruskan agar negara kembali makmur, aman dan sejahtera.

Sekian, terima kasih.

Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
29 Februari 2020 | 5 Rejab 1441