Home Berita PAS Kelantan

Jualan Murah Keluarga Malaysia diperluas

58
SHARE

BACHOK, 13 September: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) yang diadakan dua kali sebulan iaitu pada Sabtu minggu pertama dan minggu ketiga menawarkan harga barang keperluan harian jauh lebih murah berbanding di pasaraya lain.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Irama YB Mohd Huzaimy Che Husin, melalui program tersebut seramai 160 orang yang tergolong dalam kategori B40 diberi kupon bernilai RM50 setiap seorang untuk mereka membeli barang keperluan dapur dengan harga murah.

“Tujuan kita agihkan kupon tersebut bagi membolehkan mereka merasai harga barangan yang murah ditawarkan oleh kerajaan sempena program ini. Alhamdulillah, kita bersyukurlah dengan inisiatif kerajaan pada hari ini, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang memerlukan dalam mengharungi kemelesetan ekonomi sekarang,” katanya pada Program JMKM DUN Pantai Irama di Pantai Timur Hypermarket, Sabtu lalu.

Sementara itu, Program jualan murah yang diseliakan oleh agensi kerajaan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ini telah mendapat kerjasama daripada pemimpin tempatan termasuk wakil rakyat dan dijangka akan berakhir hujung tahun ini.