Oleh : Ahmad Kautsar Md Ali
ALOR GAJAH, 8 Ogos : Jawatankuasa Pilihanraya DUN (JPrD) PAS Rembia telah melakukan ziarah terhadap dua warga emas berjiran yang uzur di Kampung Baru di sini semalam.
Ziarah yang turut disertai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin ini adalah untuk melihat sendiri kesukaran yang dihadapi dua orang warga emas iaitu Hamidah yang menghidap kanser dan jirannya Ismail Mohd Ali yang terlantar kerana strok.
Pihak JPRD PAS Rembia juga mengambil maklum mengenai kemiskinan hidup kedua-dua keluarga ini yang memerlukan bantuan kewangan bagi menampung kos kehidupan harian dan kos rawatan serta ubat-ubatan.
Turut hadir dalam ziarah ini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah, Rosela Alwi dan Pengarah JPRD PAS Rembia, Muhammad Hatin Mohd Yusof.