Home Berita PAS Kedah

JPKK anjur Kejohanan Liga Penalti

249
SHARE

Oleh SHAKIRAH

LANGKAWI, 31 Jan – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Lubuk Chempedak, Pulau Tuba menganjurkan perlawanan bola sepak yang dinamakan sebagai Kejohanan Liga Penalti di Padang Bola Sepak, Tepi Laut, Pulau Tuba.

Ketua JPKK Lubuk Chempedak berkata, Anuar Ali berkata penyertaan perlawanan bola sepak itu terbuka kepada pelbagai lapisan peringkat umur.

“Objektif penganjuran bagi membina ukhuwah sesama masyarakat, menyihatkan badan dan memberi kegembiraan kepada semua orang,” katanya.

Tambah Yang Dipertua PAS Kawasan Langkawi, Zubir Ahmad penganjuran perlawanan bola sepak ini bertujuan menjalinkan hubungan baik antara pemimpin dan masyarakat.

Pemenang tempat pertama dalam kejohanan itu, dimenangi kumpulan ‘Sahabat FC’ memperolehi wang tunai RM500 berserta medal. Manakala tempat kedua dimenangi kumpulan ‘Last Minute FC’ diberi Rm300 berserta medal, tempat ketiga dimenangi kumpulan ‘Joker FC’ Rm100 berserta medal, dan tempat keempat ‘Pondok Usang FC’ perolehi hamper.

Hadir sama Ketua Pemuda PAS Kawasan Langkawi, Akashah Azinan.