Home Berita PAS Kedah

Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Padang Terap bersedia hadapi PRU-15

127
SHARE

Oleh SITI AMINAH ZAMILUDDIN

Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Padang Terap telah bersiap sedia bagi menghadapi PRU-15 yang akan berlaku pada bila-bila masa.

Yang diPertua PAS Kawasan Ustaz Mohd Azam Abd Aziz berkata,seluruh jentera di semua peringkat telah melaksanakan tugas masing-masing ke arah mempertahankan kedua-dua kerusi DUN di samping bekerja untuk tawan kerusi Parlimen Padang Terap.

“Kita yakin dengan prestasi yang di tunjukan oleh kerajaan negeri yang di terajui oleh PAS di bawah kepimpinan YAB Dato Seri Sanusi Mohd Nor serta kecemerlangan Kementerian-kementerian,yang di terajui oleh menteri dan Timbalan menteri dari PAS. In Sha Allah akan menyakinkan rakyat untuk terus memberi kepercayaan kepada PAS dalam PRU yg ke 15 nanti,” katanya.

Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan Padang Terap, Ustaz Kyairul Syafizan Zakaria pula berkata, kini bahang pilihanraya Umum 15 kian terasa….

“Alhamdulillah,kita telah menyusun atur gerakerja pilihanraya seawal September 2021 selaras dengan Jabatan Pilihanraya PAS Kedah (JPrN).

“Arahan gerakerja pilihanraya telahpun kita keluarkan kepada semua Unit Daerah Mengundi (UDM) termasuk kutipan wang peralatan pilihanraya.

“Berdasarkan Analisa gerak kerja yang telah dijalankan disemua peringkat, kita yakin dengan izin Allah dapat mempertahankan kedua-dua  kerusi DUN (N07 & N08) dan menawan kerusi Parlimen,” ujarnya.