Home Berita PAS Sabah

Hari Keluarga PAS Sepanggar erat ukhuwah ahli

75
SHARE

Oleh : Nur Uraifah Shah
2 Ogos 2022

KOTA KINABALU : PAS Sepanggar telah mengadakan Hari Keluarga di Resort Masindung, Kampung Kawang Jalan Papar Lama, Ahad lepas.

Menurut Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan, program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah di antara ahli, selain berkenalan dan berinteraksi antara yang muda mahupun berusia.

“Saya harap dengan program ini juga dapat meningkatkan semangat ukhuwah dan silaturahim antara semua supaya gerak kerja jamaah menjadi mudah dan dapat menjalankan amanah dengan baik,” ujar beliau yang juga Yang Dipertua PAS Sepanggar.

Selain pengisian dan perbincangan santai, program turut diceriakan dengan aktiviti riadah termasuk acara tukar hadiah, kumpul getah menggunakan straw, bowling kelapa dan mandi kolam di samping menikmati panorama alam semula jadi.

Turut hadir Ketua Dewan Pemuda PAS Sepanggar, Afiq Nordin dan Ketua Dewan Muslimat PAS Sepanggar, Ummu Ahnaf Abu