Oleh SUHAIZI KADIR
KOTA BHARU, 22 Sept: Imam Besar Negeri Kelantan, Ustaz Muhammad Hana Pizi Abdullah mengingatkan kerjasama kedua-belah pihak iaitu jemaah dan pihak pengurusan masjid amat penting supaya pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) apabila KDYMM Sultan Muhammad V memperkenankan pengimarahan masjid untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu bagi mereka yang lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 dan melepasi tempoh 14 hari.
Beliau turut mengingatkan khususnya pihak pengurusan masjid supaya memastikan ketetapan SOP dapat dipatuhi dengan sepenuhnya dan jangan kerana kelekaan akan berlaku kes-kes baharu yang memungkinkan masjid ditutup kembali.