Mac 23, 2024
MATANG JAYA, SARAWAK : Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama team Skuad Prihatin menyantuni masyarakat asnaf dalam program siri Jelajah Semarak Kasih Ramadan (SKR) bertempat Pejabat PAS Matang Jaya, Sarawak, di sini.
Program SKR ini bertujuan untuk menyantuni dan membantu mereka yang memerlukan di bulan Ramadan. Seramai 50 orang dari golongan asnaf yang menerima sumbangan tersebut.
Sumbangan disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS, DMPM Ustazah Nuridah Mohd Salleh. Turut hadir Ustaz Sulaiman Hashim, YDP PAS Kawasan Petra Jaya kepada mereka yang memerlukan.
Ustazah Nuridah Mohd Salleh, turut berkongsi nasihat kepada orang ramai, “Kita semuanya akan dikoreksi, dimuhasabah oleh Allah SWT. Bertanggunjawab atas segala cara hidup kita, penting supaya jadi manusia yang bertaqwa kepada Allah SWT.”
“Keutamaan Ramadan yang datang pada setiap tahun adalah untuk mendidik kita supaya menjadi orang yang bertaqwa dan dikasihi”, ujarnya kepada orang ramai.
Dalam pada itu, program juga disekalikan dengan meraikan ahli PAS yang berjaya mendaftar sebagai ahli kawasan Petra Jaya dan aktiviti diteruskan dengan membuat edaran bubur lambuk kepada masyarakat setempat.
Tidak dilupakan ucapan ribuan terima kasih kepada para dermawan atas sokongan dan sumbangan yang diberikan untuk menyantuni golongan kurang berkemampuan ini.