Home Artikel PAS Sarawak

Jelajah Kamek Prihatin di Bumi Darul Hana

124 views
SHARE

Oleh: Iffah Hurriyyah binti Muhaimin

SADONG JAYA : Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat Pas Negeri Sarawak dengan kerjasama jentera muslimat PAS dari kawasan Batang Lupar, Bintulu, Batang Sadong dan Kuching telah mengadakan jelajah ini di Sebuyau dan Batang Sadong.

Program yang diadakan pada 17 hingga 18 Mac 2018 yang lalu ini telah mendekati masyarakat melalui pendekatan yang berbeza.

Ceramah kelompok memfokuskan perkongsian mengenai PAS secara umum sekaligus menyampaikan sumbangan berupa makanan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan.

Harga RM 1 ditetapkan sebagai harga jual untuk semua pakaian lelaki, wanita serta kanak-kanak di gerai jualan amal. Jualan amal ini menjadi tumpuan utama orang ramai dan sangat laris seperti pisang goreng panas.

Beberapa orang pengamal perubatan profesional juga didatangkan khas untuk membantu memeriksa kesihatan penduduk kampung secara percuma. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat kampung terutamanya di kaunter pemeriksaan darah tinggi, kencing manis serta pemeriksaan umum.

Di samping itu,edaran poster dari rumah ke rumah dijalankan untuk mendedahkan masyarakat akan prinsip-prinsip dan dasar yang dibawa oleh PAS.

Tonggak utama program jelajah ini iaitu Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Muslimat Pas Negeri Sarawak, Dayangku Huda Ahmad menegaskan bahawa isu kebajikan dan kesedaran rakyat di Sarawak menjadi fokus utama muslimat PAS di negeri ini.