Home Berita PAS Kelantan

“Jazakallah YB Dato’ Mohd Nassuruddin” – Mangsa banjir di Selangor, Pahang

340
SHARE

PAHANG, 26 Dis: Kudrat 24 sukarelawan misi kemanusiaan yang ketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meranti, YB Dato’ Mohd Nassuruddin Daud tercurah di Temerloh Pahang selepas bertungkus-lumus di Bukit Lancang, Selangor sejak Jumaat lalu.

Presiden Persatuan Anak Kelantan di Perantauan Malaysia (PERAKAN Malaysia), Ir Hamdzah Abd Rahman mewakili semua mangsa banjir terutama warga Kelantan di Selangor dan Pahang merakamkan ucapan “jazakallah khairan khatira” atas keringat dan khidmat bakti delegasi YB Dato’ Mohd Nassuruddin yang juga Exco Hubungan Seranta, negeri.

Sementara itu, Dato’ Mohd Nassuruddin pula berkata segala penat lelah pasukannya terubat saat melihat senyuman terukir pada wajah tuan rumah. Keringat kebahagiaan buat semua dan semoga sekelumit usaha ini mampu memberikan kebahagiaan buat semua saudara di Selangor dan Pahang tanpa mengenal agama dan bangsa.

“Kita bersolidariti kekuatan, prihatin dan berpakat untuk membantu serta mengerah keringat tanpa mempedulikan sempadan, jarak, bangsa, dan faham politik. Medan ujian begini saat kita berpadu, saling melengkapi dan menyelami kepayahan bersama. Kami di Meranti amat memahami dan sinonim cabaran getir suasana banjir. Oleh itu, kami amat memahami situasi saat banjir dan pascanya yang memerlukan sokongan padu semua pihak. Inilah hikmat persaudaraan, saling melengkapi dan menyantuni.”, katanya.

#MisiKemanusianBanjirPahangSelangor