Kuala Kedah – Setiap Selasa dan sabtu merupakan aktiviti rutin sepanjang ramadhan bertemu dengan kepimpinan penerangan serta jentera penerangan kawasan. Walau pun padat dengan program dan aktiviti setempat di DUN Sungai Limau, Ust Mohd Azam Abdul Samat selaku Ketua Penerangan PAS Negeri Kedah tetap memenuhi jadual yang disusun oleh Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah dalam program ziarah Penerangan PAS Kedah turun ke kawasan kawasan.
Hari ini turun di Parlimen Kuala Kedah bertempat di Pejabat Pusat Khidmat DUN Anak Bukit. Banyak perkara yang dibincangkan mengenai persediaan yang perlu dilaksana dan diselaras setiap peringkat organisasi penerangan dalam parti.
Media baru antara yang diberikan keutamaan kerana banyak dipengaruhi berita persepsi. Team media PAS mesti memastikan bahawa berita diutarakan dan dikongsi adalah benar, bukan persepsi atau fitnah.
Dalam berpolitik dan dakwah ini adalah tugas mulia dan berkait dengan urusan agama dan perintah Allah . Ada halal dan ada haramnya, ada batas batasnya yang perlu dijaga.
Semoga segala kerja buat kita akan menjadi amal soleh disisi Allah dan memberikan kebaikan dunia dan akhirat. Program turut disertai bersama Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Kedah dan jawatankuasa lajnah penerangan negeri.