Home Berita PAS Pulau Pinang

Jauhi Valentine, jauhi zina

274
SHARE

Oleh NUR FAHIMAH INSYIRAH BINTI ISHAK

BAYAN BARU, 13 FEBRUARI – Dewan Muslimat PAS Kawasan Bayan Baru (DMPKBB) menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar tidak menyambut hari Valentine pada 14 Febuari setiap tahun kerana tradisi perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat yang mana bercanggah dengan ajaran Islam.

Tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Orang Islam tidak boleh menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi umat Kristian berdasarkan asal-usul kemunculannya yang dipenuhi dengan unsur-unsur ritual keagamaan. Bergabung dengan mereka bermakna mengakui agama mereka dan meredhai kekufuran yang ada pada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W:
“Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu” (riwayat Abu Daud)

Sambutan Hari Valentine’s Day yang berlaku dalam kalangan muda- mudi Islam juga merupakan antara faktor yang menyumbang kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam. Pergaulan bebas yang wujud dalam perayaan ini dibimbangi akan sampai ke tahap menggadaikan kehormatan dan maruah diri demi membuktikan kecintaan dan kesetiaan.

Selain itu berlakunya perzinaan akan membawa kepada lahirnya anak tidak sah taraf. Lebih menyedihkan apabila berlaku kes pembuangan anak hasil penzinaan ini. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekurang-kurangnya purata sembilan kes buang bayi dilaporkan berlaku dalam sebulan sama ada ditemukan hidup atau mati sejak 2018 hingga September 2021.

Oleh itu DMPKBB sekali lagi menyeru kepada semua umat Islam di Malaysia agar jauhi sambutan Hari Valentine dan pelihara ahli keluarga daripada terpengaruh dengan budaya dan ajaran yang bertentangan dengan Islam.

#IslamMenyatukanUmmah
#PASBayanBaru