Home Kenyataan Media Dewan Ulamak PAS Pusat

Jangan Sabotaj Agenda Pentadbiran Islam Di Selangor

337 views
SHARE


KENYATAAN MEDIA

Dewan Ulamak PAS Pusat

7 Zulhijjah 1440 | 8 Ogos 2019

JANGAN SABOTAJ AGENDA PENTADBIRAN ISLAM DI SELANGOR

Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) dengan tegas memberi amaran kepada Pakatan Harapan supaya tidak sesekali mensabotaj agenda pentadbiran Islam di Selangor. Semua sudah maklum bahawa pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam sudah disokong oleh DYMM Sultan Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Mengapa Speaker DUN enggan menandatangani dokumen kebenaran RUU untuk dibentangkan dan menangguhkan sidang mesyuarat lebih awal.

Tindakan Speaker DUN yang mewakili DAP jelas telah menghalang usaha menambah baik pentadbiran agama Islam di Selangor. Tambahan lagi, RUU Pindaan yang berkaitan dengan pemelukan agama Islam bagi mereka yang belum mencapai umur 18 tahun adalah selari dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang menyatakan dengan jelas DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam. Hal ini bermakna baginda berhak mengawal selia pentadbiran hal ehwal Islam.

Umat Islam kecewa dengan tindakan Speaker DUN kerana telah mengheret isu ini kepada kepentingan politik kepartian yang sempit sehingga mengabaikan keperluan perundangan yang melibatkan akidah umat Islam. DUPP berharap umat Islam sedar dengan percaturan politik DAP yang cuba mensabotaj agenda Islam di negara ini. Sebelum ini, DAP lantang menentang pelaksanaan pengenalan tulisan khat dan jawi dan kini mereka sekali lagi menjadi penghalang kepada usaha menambah baik pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Selangor.