Home Artikel PAS Sabah

Jalinan kasih Sempena Aidil Adha JIBG PASTI Nurul Iman 2 ,Tawau

740
SHARE

Oleh : Anna Tan
Asyfakilah Murni

TAWAU 8 Ogos ~ Sempena menjelang Hari Raya Aidil Adha pada hujung minggu ini.

Guru-guru beserta Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) PASTI Nurul Iman 2, Tg Batu Darat telah mengadakan program Jalinan Kasih Sempena Aidil Adha di sini , semalam.

Tujuan program diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan serta untuk menyelami denyut nadi kehidupan mereka.

Seramai 4 keluarga  terpilih  mendapat sumbangan barang-barang berupa keperluan dapur serta wang  untuk perbelanjaan untuk persediaan  menyambut hari raya korban nanti.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Guru PASTI Cikgu Murni Kamarudin serta Pengerusi JIBG , Puan Asriani Bojok.

Cikgu Murni Kamarudin meluahkan rasa simpati beliau terhadap kehidupan perit yang dijalani oleh para penerima sumbangan yang terdiri daripada ibu tunggal serta  keluarga dhaif .

Beliau juga berharap program seumpama itu dapat dipergiatkan lagi serta mendapat kerjasama dari semua pihak terutama golongan yang berkemampuan dan syarikat-syarikat swasta.