Home Kenyataan Media PAS Negeri Sembilan

Jangan Biarkan Institusi Raja Dihina

121 views
SHARE

JANGAN BIARKAN INSTITUSI RAJA DIHINA.

1. Menyokong seseorang yang menghina Institusi Raja sama dengan anda menghina Institusi Raja. Tindakan menyokong penghinaan ini adalah suatu tindakan yang tidak bijak, apatah lagi dari kelompok penyokong parti pemerintah kini.

2. Mengalih isu kepada pemansuhan Akta Hasutan berbanding kesalahan penghinaan terhadap raja juga adalah tindakan yang tidak berjiwa Malaysia.

3. Tidak layak bagi seorang yang disanjung (oleh sesetengah kumpulan) sebagai Negarawan membiarkan penghinaan terhadap institusi diraja ini berlaku.

4. Sebagai rakyat Malaysia, peliharalah bersama institusi raja, kedudukan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, bahasa Melayu dan Hak Istimewa Melayu serta kepentingan kaum lain.

5. Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan menyokong penuh kenyataan Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia PAS Pusat yang bertajuk : “Pemenjaraan Terhadap Hasutan Biadap Terhadap Sultan dan Institusi Diraja Adalah Satu Kewajaran” seperti di pautan berikut:
https://m.facebook.com/1272652148/posts/10219771512019591

“Demi Islam”
“Islam Memimpin Perpaduan”

Khairul Yazman Yahya,
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan.