Home Artikel PAS Negeri Sembilan

Cikgu Haji Rafiei Menerima Watikah Pelantikan Sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

127 views
SHARE

CIKGU HAJI RAFIEI MENERIMA WATIKAH PELANTIKAN SEBAGAI PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN

Alhamdulillah, malam tadi (10 Julai 2019), Tuan Haji Rafiei Mustapha telah menerima watikah pelantikan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan daripada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS.

Menurut Fasal 41 (1) Perlembagaan PAS, Pesuruhjaya PAS Negeri memainkan 4 peranan utama iaitu :

(a) Bertanggungjawab sebagai wakil Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang mengetuai kesempurnaan perjalanan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS dalam negerinya.

(b) Mengambil segala langkah yang perlu bagi menjaga dan memelihara perpaduan persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Perhubungan PAS Negeri dalam menjalankan tugas masing-masing.

(c) Melantik Timbalan-timbalan Pesuruhjaya, Setiausaha, Penolong-penolong Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan, Pengarah Pilihan Raya dan Ahli Perhubungan PAS Negeri di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Perhubungan PAS Negeri menurut Fasal 40(5).

(d) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Perhubungan dan Jawatankuasa Harian PAS Negeri.

Selamat berkhidmat buat Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan yang baharu, Cikgu Haji Rafiei Mustapha.

#IslamMemimpinPerpaduan