Home Kenyataan Media PAS Kedah

Kukuhkan Taawun

116 views
SHARE

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS KEDAH

KUKUHKAN TAAWUN

1. PAS Kedah komited memperkukuhkan taawun sepertimana yang digagaskan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan merealisasikan tema Muktamar Tahunan kali ini iaitu Islam Memimpin Perpaduan melalui mekanisme perpaduan ummah.

2. Sehubungan itu Kabinet PAS Kedah sesi 2019-2021 akan segera dibentuk menjelang mesyuarat pertama parti itu pada 20 Julai ini agar agenda parti dapat segera dilaksanakan di samping meneruskan kecemerlangan kepimpinan sesi lalu.

3. PAS Kedah akan terus komited meneruskan keutamaan parti itu sebagai pembela rakyat selain terus berfungsi sebagai penyemak imbang terhadap perkembangan politik dan pembangunan negeri Kedah.

4. Agenda untuk kembali semula ke Wisma Darul Aman sebagai peneraju pentadbiran Negeri Kedah akan diteruskan melalui gerakerja terancang bersama jentera-jentera parti seluruh negeri.

5. Justeru itu setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi serta saf kepimpinan sesi lalu kerana telah menjalankan tugas dengan baik, berjaya dan cemerlang.

6. Sesungguhnya jawatan itu merupakan satu amanah dari Allah. Setiap kita bukanlah pemula atau penyudahnya tetapi penyambung mata rantai perjuangan.

USTAZ HJ. AHMAD YAHAYA
PESURUHJAYA PAS KEDAH
11 Julai 2019