Home Berita PAS Pahang

PASTI DUN Semambu terus lahirkan murid cemerlang

56
SHARE

Oleh: KHASDI KOSMIN

SEMAMBU, 22 Feb :: DUN Semambu terus meraikan murid-murid yang bakal meninggalkan persekolahan PASTI yang bermula di usia empat hingga enam tahun walaupun negara masih dalam situasi pandemik Covid-19 pada fasa 4 pemulihan negara.

PASTI Al-Amin Taman LKNP, Kuantan Pahang salah satu dari PASTI di DUN Semambu telah meraikan murid-muridnya dalam program Sambutan Hari Kecemerlangan pada Sabtu lalu di Dewan SABDA di Kuantan yang dirasmikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Indera Mahkota Ustaz Zulfadli Zakariah.

Dalam ucapan perasmianya, Zulfadli menzahirkan penghargaan kepada guru-guru PASTI di atas usaha gigih mereka berjaya mendidik anak-anak PASTI terutama dalam waktu pandemik Covid-19 yang sememangnya mencabar.

“Pengajaran dan pembelajaran dalam talian semasa PKP dilaksanakan pun berjaya menjadikan murid-murid berupaya untuk membaca, menulis, menghafal serta mengira.

Menurut beliau lagi, ianya tidak akan tercapai tanpa adanya kerjasama dari ibu bapa dalam proses pembelajaran dalam talian yang dijalankan selama ini,” ujar beliau lagi.

Seramai 75 orang murid telah hadir dengan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu yang telah ditetapkan.

Turut hadir adalah Pengurus PASTI Al Amin, Shahir Hamdan bersama Ahli Jawatankuasanya dan Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan LKNP.