Satu berita gembira buat penduduk Kampung Kuala Sedim, apabila jambatan yang dibina semula telah siap sepenuhnya dalam tempoh masa hampir 5-6 bulan dengan perbelanjaan kos sebanyak RM 1.9 juta.
Jambatan tersebut dibina kerana jambatan sebelumnya telah runtuh akibat banjir pada April yang lalu.Jambatan tersebut merupakan jabatan yang menghubungkan Kampung Kuala Sedim dan Kampung Permatang Durian.
Sebagai tanda syukur, satu majlis kesyukuran dan gimik telah diadakan. Pembinaan semula jambatan ini sangat bermanfaat buat penduduk di situ kerana pada sebelumnya mereka terpaksa menggunakan laluan ladang untuk setiap urusan harian.
YB Mejar Mansor Zakaria mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.
“Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Dato Seri MB Kedah, Dato Pegawai Kewangan Negeri, JKR Kedah, Tuan Pegawai Daerah, Penghulu Mukim Tawar, Balai Polis Kuala Ketil, JPKK Kg Thye Seng, pihak UCM Contruction, Mr Chong, Tuan Imam serta penduduk Kampung Kuala Sedim, Pematang Durian, Thye Seng dan sudah tentunya Puan Maria yg selalu menjadi perantaraan saya dengan penduduk kampung.”
“Juga terima kasih pada semua yang membantu samada secara langsung ataupun tidak langsung” katanya.
Beliau juga berharap agar Allah swt memberkati usaha murni ini dan terpelihhara daripada musibah mendatang.