Home Berita PAS Kelantan

JAM lancarkan Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan

1148
SHARE

KOTA BAHRU: Jabatan Amal Malaysia menjadi pelengkap dan saksi disebalik kelancaran dan kejayaan Himpunan Bangkit Pertahan Kelantan yang diadakan di Padang Perdana, Kota Bahru, di sini malam tadi.

Dengan kekuatan seramai 80 anggota bertugas, mereka telah melakukan kawalan trafik dan lalulintas seawal jam 8 pagi sehingga semua pimpinan dan peserta bersurai dari dari kawasan program.

Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Kelantan, Tuan Asmawie Abdullah telah memimpin sendiri tugasan dengan melaksanakan pelbagai rutin termasuk pemantauan keselamatan pimpinan.

Menurut beliau, program yang agak padat sejak awal pagi itu memerlukan penyusunan jadual bertugas yang lebih sistematik dan teratur dengan menyaksikan anggota Jabatan Amal setia berkhidmat hingga selesai.

Program tersebut turut diberi kerjasama oleh agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Majlis Perbandaran Kota Bahru yang berganding bahu bersama Jabatan Amal Malaysia.

Kemuncak himpunan tersebut telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hadapan puluhan ribu peserta yang memenuhi Padang Perdana. –HARAKAHDAILY 17/3/2018