Home Berita PAS Kedah

Jalan rosak dibaiki segera

340
SHARE

Oleh AMAL NABILA

PENDANG, 10 Dis – Para petani Kampung Perupok dan Kampung Bukit Murai menarik nafas lega dengan projek baik pulih infrastruktur jalan sawah yang rosak akibat banjir.

Peruntukan ini disalurkan khusus daripada Ahli Parlimen Pendang, YB Datuk Awang Hashim bagi memudahkan urusan pekerjaan para petani.

“Alhamdulillah, hasil laporan dan tinjauan dari petugas Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Tokai tempoh hari, infrastruktur sektor pertanian dapat dibaik pulih untuk keperluan para petani.

“Dengan peruntukan yang ada, saya mengarahkan ban di Kampung Perupok yang pecah akibat banjir dibaiki dengan segera dan pembinaan tersebut telah diselesaikan oleh pasukan pertukangan PKWR,” ujarnya.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”