Home Berita PAS Pahang

PAS Lipis mohon dilanjutkan tempoh pembayaran saman

118
SHARE

OLEH: ZULHILMI ABU BAKAR

LIPIS, 9 Dis. :: PAS Kawasan Lipis menyambut baik usaha kerajaan persekutuan melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi potongan sehingga 80 peratus terhadap mana-mana saman yang telah dikeluarkan bersempena dengan sambutan 100 hari Keluarga Malaysia.

“Usaha sebegini amat wajar dan dilihat bersesuaian dengan masanya kerana melihat kepada keadaan tekanan ekonomi rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga barang, kehilangan pendapatan akibat pandemik Covid-19 dan sebagainya,” kata Ketua Penerangan PAS Kawasan Lipis, Zulfahmi Mohammad ketika diminta mengulas usaha kerajaan memberi diskaun terhadap saman trafik berkenaan.

“Cuma bagi pihak PAS kawasan Lipis turut menerima rungutan terhadap kesesakan bayaran secara talian, dan kita mengharapkan pihak kerajaan atau pihak berkaitan dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan segera, memandangkan waktu bayaran secara diskaun itu amat pendek,” tambah beliau lagi.

Zulfahmi juga mencadangkan agar pihak kerajaan dapat menimbangkan untuk melanjutkan tempoh bayaran secara diskaun itu sehingga akhir Disember 2021 bagi mengurangkan kesesakan di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat dapat melunaskan tunggakan saman tersebut memandangkan tarikh tutup tersebut tidak bertepatan dengan hari pembayaran gaji penjawat awam,” katanya.

Potongan saman ini sememangnya biasa dilakukan cuma sempena 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia, kerajaan memberikan diskaun saman buat pesalah-pesalah trafik jalanraya di Malaysia sehingga 80 peratus dan dilihat potongan tertinggi setakat ini.

Diskaun ini terpakai buat semua kesalahan di bawah PDRM dan JPJ.

Untuk makluman, diskaun saman dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah 80 peratus, manakala bagi negeri-negeri lain adalah 70 peratus.

=======================