Home Berita PAS Kelantan

Jalan di Sungai Durian dibaik pulih, atasi kesesakan trafik

115
SHARE

KUALA KRAI, 21 Mac: Ahli Parlimen Kuala Krai, YB Abdul Latiff Abdul Rahman memaklumkan kerja-kerja membaik pulih jalan FT008 Sungai Durian sudah pun bermula semalam.
Beliau berterima kasih kepada Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Krai atas tindakan segera menyelesaikan permasalahan jalan yang rosak, punca kesesakan trafik dari Cabang Sungai Durian sehingga ke Jambatan Sungai Durian.

“Alhamdulilah terima kasih kepada Jurutera Jajahan JKR Kuala Krai, Ir Hafifi Hafidz Mohd yang mengirimkan beberapa keping gambar kerja-kerja mill dan pave di Sungai Durian bermula malam tadi (20 Mac 2022),” katanya ketika dihubungi.
Beliau berharap tindakan pantas pihak JKR itu dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang sering dialami pengguna jalan tersebut.