Muslimat yang dikasihi..
Alangkah bertuahnya dunia ini jika wanita menjadi isteri yang solehah, suri teladan yang unggul, wanita mithali, pembimbing keluarga, wanita yang bangun dengan kelembutannya membetulkan masyarakat, pejuang ummah dan tidak ketinggalan berada dalam saf pendokong jamaah Islam yang berjuang menegakan yang hak. Betapa mulianya wanita Islam dan tidak sedikit pun amalannya sia-siakan seperti mana firman Allah SWT:
“Barang siapa beramal soleh lelaki dan perempuan sedang ia beriman nescaya akan kami berikan kepadanya yang baik dan nescaya kami anugerahi mereka dengan ganjaran yang lebih baik dari apa yang pernah mereka lakukan” (An-Nahl:97).
Muslimat yang dikasihi..
Tugas untuk melaksanakan dakwah penuh kesusahan, kesempitan, kesakitan yang menguji keimanan kita. Hanya kefahaman yang mendalam, kesabaran dan kesungguhan melaksanakan tuntutan ajakan kita diikuti. Ilahi sahaja yang memungkinkan Muslimat yang dikasihi, matlamat ini tercapai. Ilmu perlu dipelajari. Rumahtangga perlu diberesi. Masa, tenaga dan wang ringgit mengalir tanpa gantian.
Bagi yang lemah, pelbagai alasan diberikan dan setengahnya tercicir di jalanan. Sebelum terlambat, eloklah kita sama-sama perbaiki kelemahan. Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari kelmarin dan jadikanlah hari esok
lebih baik dari hari ini.
Muslimat yang dikasihi..
Untuk bertindak sebagai penyelamat dalam dunia masyarakat yang pincang hari ini, Muslimah mestilah unggul dalam kehidupannya selaras dengan prinsip-prinsip Islam. Muslimah mestilah menjadi lambang dan model kepada masyarat sekitarnya baik ketika berinteraksi, berpakaian, amalan hidup seharianya samada di rumah, pejabat dan di mana sahaja. Hal ini kerana kita seringkali dinilai, diselidiki sebelum ajakan kita diikut.
Muslimah yang dikasihi..
Kewajipan melibatkan diri dengan masyarakat setempat tidak seharusnya dipandang enteng. Kerana di sana medan dakwah yang perlu ditembusi.Muslimah tidak seharusnya merasa rendah diri untuk berhadapan denga masyarakat, kerana sesungguhnya tenaga dan aqidah yang dipegang adalah suatu tuntutan kepada masyarakatnya. Muslimah harus memahami bahawa hidayah yang Allah berikan adalah suatu kemulian yang amat bermakna dan mempunya nilai yang tidak terhitung.
Muslimah yang dikasihi..
Untuk menjamin kejayaan matlamat kita iaitu menegakan daulah Islamiyyah, kita memerlukan gerak kerja yang menyeluruh, bersistematik, berdisplin dan beriltizam terhadap perjuangan yang dibawa.
Langkah yang pertama ialah kita hendaklah sentiasa memantapkan organisasi Perincian dari pemantapan organisasi ini kita hendaklah mengemaskan kerja-kerja pentadbiran disemua peringkat, merancang dan memantau untuk memastikan keberkesanan program yang telah dilaksanakan akan lebih sempurna dan lebih berkesan.
Langkah yang kedua, Muslimat hendaklah memahami dan mengenali Tugas yang telah dipertanggungjawabkan. Muslimat hendaklah menggarap seberapa banyak ilmu untuk memastikan supaya muslimat tahu apa yang hendak dilakukan, merancang dan melaksanakannya.
Langkah yang ketiga untuk memberi rangsangan dan motivasi kepada diri kita muslimat hendaklah memahami bahawa amal Islami ini adalah sebahagian dari ibadat dan ianya adalah untuk kepentingan jamaah dan kedaulatan Islam. Lantaran itu. mogo-moga kita dapat melaksanakan tugas-tugas yang diamanahakan dengan penuh kesungguhan dan kesabaran.
Langkah yang keempat muslimat hendaklah sentiasa berusaha meningkatkan prestasi kerja. Muslimat mestilah peka, pandai menilai dan merancang mengikut keberkesanan program yang telah dilaksanakan bukan sekadar untuk memenuhi laporan aktiviti tahunan semata-mata tetapi dapat menambat hati mereka yang ingin berjinak-jinak dengan Islam dan dapat mengukuhkan lagi penghayatan Islam yang sedia ada.
Langkah yang kelima ialah muslimat mestilah memastikan bahawa amalan bermuhasabah dan bersyura berlaku demi menjamin kelicinan dan memantapkan gerak kerja. Rancanglah agar pertemuan dapat selalu diadakan untuk membina kekuatan. Kita mestilah memahami bahawa kerja berjamaah ini bukan keputusan individu yang dominan dan bukan agenda peribadi jauh sekali untuk mendapat laba dan keuntungan duniawi. Segala keputusan yang kita ambil adalah hasil pemikiran yang kolektif yakni melalui syura. Kita laksanakan program secara bersama dan kita juga bersedia untuk menanggung apa saja risiko secara bersama.
Kita mengakui kadang-kala berlaku percanggahan pendapat untuk mencapai matlamat yang sama, namun apabila berlaku keputusan syura maka kita terdidik untuk mengikut tanpa bantahan dan penuh keredhaan. Kita sentiasa bersedia untuk memberi wala kepada pemimpin dan bersedia untuk membetulkan diri kita jika ditegur meskipun teguran itu datang dari orang yang lebih rendah tahapnya dari kita. Hal ini kerana kita sentiasa bersedia untuk wala’ kepada pemimpin dan bersedia untuk membetulkan diri kita jika ditegur meskipun teguran itu datang dari orang yang lebih rendah tahapnya dari kita. Hal ini kerana kita sentiasa berpegang bahawa orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa.
Muslimat yang dikasihi..
Sesungguhnya kita masih lagi belum mapan untuk menembusi sasaran dan medan perjuangan ini hingga ke akar umbinya. Program yang kita anjurkan tidak bersifat menyeluruh. Lantaran itu setiap hari diri kita perlu menggarap semaksima mungkin ilmu perjuangan ini baik ilmu-ilmu Islam, politik, pengetahuan semasa dan semua cabaran ilmu yang melibatkan masyarakat. Kita juga perlu memanfaatkan tenaga dan kepakaran kita semaksima mungkin. Program yang bakal kita rancang dan laksanakan perlu mengambil kira kini. dengan senario semasa tetapi tidak terkeluar dari ruang lingkup yang dibenarkan oleh syara’.
Jika kita bekerja disektor awam, laksanakan tugas dengan penuh berkesan agar kita mampu untuk menaburkan seribu contoh untuk diikuti dan didekati. Pergunakanlah medan pekerjaan tersebut sebagai pemangkin untuk mengajak manusia lain mendekari dan mencintai Islam. Hendaklah kita membahagikan masa dengan bijak untuk menabur bakt kepada agama yang tercinta Jika kita cemerlang dalam pekerjaan sudah tentu kita mampu untuk cemerlang dalam Islam. Cubalah elakkan diri dari sebarang alasan untuk menjauhkan diri dari tugasan.
Pada suri rumah sepenuh masa, susunlah program yang dapat merapatkan din dengan masyarakat. Luangkanlah masa untuk menghadiri program-program yang telah disusun. Ajaklah mereka yang berada disekeliling kita menghadiri pogram kita dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Sentiasalah berusaha membantu masyarakat. Dampingilah mereka,berilah kefahaman kepada yang belum tahu. Laksanakanlah amalan ziarah berpegang bahawa orang yang paling dan tolong-menolong secara istiqamah dan tidak bermusim. Insya Allah kita yakin suatu hari nanti mereka yang di sekeliling kita akan bersama-sama kita untuk menghayati Islam seperti mana yang dituntut oleh syara’. memberi
Hakikat perjuangan kita masih jauh, kita tidak tahu entah bila hidup kita akan berakhir. Lantaran itu didiklah anak-anak kita agar suatu hari nanti mereka pula akan mewarisi perjuangan ini. Awasilah anak-anak kita dari wabak kronik gejala sosial masa kini. Hanya kefahaman ilmu Is lam yang mendalam sahaja yang mampu menjadi benteng kukuh untuk menangkis segala wabak porno masa
Begitu besar hakikat amanah yang perlu dipikul pada kehidupan ini. Persiapkanlah diri, hidup ini hanya sekali, sumbanglah apa sahaja untuk Ilahi sebelum kita di jemput pergi. Bangunlah… bangunlah menjadi
SELAMAT MENYAMBUT HARI WANITA SEDUNIA GIRLSS
Petikan daripada Akhbar Fitrah penulisan Ummu Siti pada tahun 2000