Home Berita PAS Pusat

Jabatan Penerangan PAS Lancarkan E-Book Berkaitan Politik

2905
SHARE

Jabatan Penerangan PAS Lancarkan E-Book Berkaitan Politik

Oleh: Zulhafeez Ahmad Zahidi

KUALA LUMPUR: Pelbagai isu yang berlaku berkaitan politik negara sehingga beberapa situasi telah mengelirukan rakyat.

Melihat situasi tersebut Jabatan Penerangan PAS Pusat dibawah Lajnah Penerangan PAS telah menerbitkan dua buah E-Book bagi memberikan kefahaman kepada masyarakat solusi dan pendirian PAS melalui penulisan dari pimpinan tertinggi parti.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad di Taklimat Khas Penerangan anjuran Jabatan Penerangan di Dewan Angsana, Hotel Putra, 22 November lalu.

Dua E-Book itu adalah “Bicara Politik Ustaz Idris Ahmad” dan “Islam Penyelamata Ummah Siri 3” yang sarat dengan pelbagai topik melibatan isu semasa, rakyat dan tadbir urus negara.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS , Ustaz Najhan Abdul Halim penerbitan E-Book yang diusahakan demi memberikan satu sumber bacaan rasmi dari parti kepada pendokong dan penyokong PAS.

Jelas beliau, beberapa penerbitan lagi bakal diterbitkan dengan melibatkan hasil penulisan pimpinan PAS yang seiring keperluan semasa dan mudah difahami.

Najhan turut berkata bagi memudahkan kefahaman pembaca E-Book itu juga mengandungi infografik sebagai gambaran ulasan yang diberikan.