Home Berita PAS Kedah

Jabatan PASTI santuni ibu tunggal dan balu mantan pengerusi PASTI Langkawi

190
SHARE

LANGKAWI – Jabatan PASTI Negeri Kedah hadir menyantuni seorang ibu tunggal yang juga waris kepada seorang murid PASTI Nurul Jannah, dekat Ulu Melaka, pada Ahad.

Wanita tersebut yang baru sahaja kehilangan suami akibat strok pada Jumaat kini tinggal berdua bersama anaknya yang diserang penyakit saraf.

“Anak saya kini mengidap penyakit saraf, sehingga kakinya tak dapat menapak dengan baik.

“Penyakitnya itu menyebabkan beliau perlu didukung ke mana-mana,” katanya.

Pengarah PASTI Kedah, Ustaz Ilyas Ahmad menyampaikan sumbangan berupa wang dan keperluan harian kepada keluarga waris.

Seterusnya rombongan diteruskan dengan menziarahi isteri kepada Al-Marhum Halim merupakan mantan Pengerusi PASTI Kawasan Langkawi yang meninggal dunia lapan bulan yang lalu.

“Takziah atas kedua-dua keluarga atas kehilangan orang yang tersayang, semoga roh akan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh,” katanya.