KUALA NERANG – Jabatan Amal Padang Terap julung kalinya telah mengadakan Program Infaq Korban bersempena Hari Raya Aidiadha pada tahun ini.
Program tersebut diadakan bagi menyampaikan sumbangan daging korban kepada asnaf sekitar Padang Terap.
Menurut Pengarah program, Mohd Rasydan Zakaria program ini mensasarkan agihan daging korban kepada lebih 100 orang asnaf dari golongan muda.
“Golongan muda hari ini tidak terlepas daripada menghadapi tekanan kos sara hidup.
“Diharap sumbangan ini sebanyak kana dapat meringankan beban mereka dalam menyambut Hari Raya Aidiladha bersama keluarga,” ujar Rasydan.
Sementara itu, Komanden Amal Padang Terap, Muhammad Faiz Osman mengucapkan terima kasih kepada semua petugas Jabatan Amal Padang Terap yang hadir membantu.
Turut sama hadir, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Terap, Ust Mohd Fadil Hadi Hj Ismail bagi menyampaikan sumbangan.