Home Berita PAS Kedah

Jabatan Amal, JPKK, dan PIBG gotong-royong bersihkan kampung

51
SHARE

MERBOK, 18 JUN 2022 – Prihatin akan kebersihan dan keselamatan persekitaran kampung, Jabatan Amal Malaysia Kawasan Merbok (JAMKM) dengan kerjasama JPKK Kg. Merbok dan Bukit Acheh, serta PIBG Sekolah Kebangsaan Merbok mengadakan gotong-royong pada awal pagi Jumaat lalu.

Komandan JAMKM, Mohd Affan Ammar berkata program kebajikan ini bertujuan memupuk semangat berkebajikan serta mencintai alam sekitar dalam kalangan anak muda.

“Aktiviti gotong-royong ini juga adalah untuk memastikan keselamatan para pelajar sekolah & pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini setiap hari,” katanya.