Home Berita PAS Kedah

Jabatan Amal Baling bantu segera mangsa ribut

114
SHARE

BALING – Ribut yang melanda di sekitar Kampung Landak dan Kuala Pegang telah menyebabkan kerosakan beberapa rumah, pada Ahad.

Ekoran dengan kejadian itu, Jabatan Amal Kawasan Baling dengan kekuatan seramai 15 segera hadir selepas solat terawih bagi membantu penduduk yang terkena ribut.

Bantuan ini adalah dengan misi membersihkan pokok-pokok tumbang di rumah penduduk berhampiran.
Tindakan segera akan diambil untuk memperbaiki bumbung rumah yang rosak atau yang diterbangkan angin kerana di bimbangi jika hujan, air hujan mendatangkan kerosakan yang lebih teruk di dalam rumah.