IT Speed Training 5.0: Teruja, Ilmu Mahal!
Oleh : Nurul Ashidah Johari
AYER KEROH: Bengkel IT Speed Training 5.0 anjuran Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia dengan kerjasama Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka, Johor dan Negeri Sembilan membuka tirai pagi tadi.
Penganjuran itu mendapat reaksi positif dari para peserta dengan menyifatkan ilmu yang dipelajari begitu mahal.
“Saya teruja sangat, ilmu ni memang mahal dan trainer sangat berpengalaman luas,” kata Syahirah Zulkipli dari Nilai Negeri Sembilan.
Sementara itu Siti Aminah dari Johor berkata bengkel IT itu perlu terus menerus berlangsung dan diadakan berkala agar lebih ramai lagi tenaga muda muslimat khususnya dapat mengasah bakat dan manfaatkan masa sebarkan berita benar dan tepat.