Home Artikel Dewan Muslimat PAS Malaysia

IT Speed Training Lahir Muslimat Profesional

309
SHARE

IT Speed Training Lahir Muslimat Profesional
Oleh : Nurul Ashidah Johari

AYER KEROH: Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia berhasat lahirkan lebih ramai muslimat pakar dalam bidang media digital terkini.

Menurut Pengarah Program, Natrah Mohamed, bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi latihan membuat montaj dan video kepada petugas yang diamanahkan sekaligus melahirkan pelapis yang berpengetahuan dan berkemahiran membuat montaj serta video mudah.

Selain itu, Bengkel SISPRO pula membantu melengkapkan kemahiran menggunakan SISPRO kepada peserta dan ahli di peringkat kawasan.


Turut berucap Pengarah Jabatan IT Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), agar mengambil iktibar kisah Lukman al Hakim.

‫“‬Berpegang teguh kepada kebenaran ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut. Hikmah daripada Allah SWT ialah mengetahui sesuatu perkara dan beramal bersungguh-sungguh,”pesan beliau dengan bersemangat.

“Bengkel ini juga untuk persediaan menghadapi PRU ke 15. Muslimat PAS perlu mempertingkatkan lagi kemahiran dalam montaj dan video sebagai platform penerangan yang cepat dan tepat,” tegasnya.