Home Ketua Penerangan PAS Pusat

Isu TH: Tarik Semula Penjualan Aset Kepada Tamaco Tindakan Tepat

625
SHARE

Kenyataan Media
Parti Islam Se-Malaysia

Isu TH: Tarik Semula Penjualan Aset Kepada Tamaco Tindakan Tepat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Perikatan Nasional atas tindakan tepat menarik balik kelulusan perolehan hartanah oleh Tamaco Sdn. Bhd daripada TH Plantations Berhad.

Tindakan ini adalah bukti ketelusan kerajaan PN dalam menguruskan institusi Tabung Haji. Ini kerana penjualan hartanah milik THP pada nilai RM170 juta yang dipersetujui sebelum ini jelas merugikan TH yang pernah dinilai oleh Jabatan Penilaian Pengesahan Hartanah (JPPH) dengan harga RM224 juta.

Komitmen kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memajukan THP serta Lembaga Tabung Haji pasti melegakan hati semua pendeposit dan pelabur.

Bagi memastikan ketelusan tadbir urus TH, PAS menyarankan agar penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan Tabung Haji segera dilaksanakan supaya menepati kepentingannya sebagai institusi milik umat Islam di negara ini.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
9 Disember 2020 | 23 Rabiul Akhir 1442